Fuh, nih la antara projek risiko yg aku buat kat kete aku. Restoration plastic headlamp. Alhamdulillah, berjaya jugak. Tapi penat tahap cipan ar.
Starting dgn armory yg penting. 3 kain lap, dan satu darinya microfibre. Kertas pasir fine grit 3 keping, 1000-2000. Dan paling penting, kritikal...Meguire Plastx. Di Miri ade jual, find it at MiriPaint, dalam harga RM50+. Jgn risau, bila dari meguire sememangnya berbaloi.
Ok, pertama sekalik, rub permukaan headlamp dengan kertas pasir yg terbesarl gridnya. Contohnya, dalam 3 ada 1000, 1500 dan 2000. So mulakan dengan 1000. Gosok dari atas ke bawah. Ulang beberapa kali dan pastikan semasa merubbing tu, area tu sentiasa basah. Simbah la air sket untuk efek tu. Seterusnya mulakan dengan grid yg 1500, tapi sekarang gosok dari kiri ke kanan. Ini untuk memastikan permukaan tersebut sekata. Dan seperti dijangka, grid 2000, kembali menggosok dari atas dan bawah.
Tengok, mcm hancur berjerebu je kan headlamp ni? Tapi cuba rasa, licin kan? Trick utk projek ni, you must ruined it to restore.
Lastly, apply PlastX dengan menggunakan kain yg kering dan juga pastikan headlamp kering. Gosok dalam circular motion dengan sedikit tekanan..jgn la sampai pecah lampu tu. Slowly, kawasan yg dalam keadaan berjerebu tadi akan perlahan menampakkan kilauannya. Teruskan sampai puas hati, terpulang la kalau nak 3 4 kali buff ker..
Orait, dari hancor ke macho. Tahniah, anda telah berjaya menjimatkan RM120 utk menyelamatkan headlamp anda. Kaedah ini juga dapat menghilangkan kekuningan pada headlamp lama. Tested and working. :) Selamat mencoba~




.jpg)




